Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Akan Datang, Umat Islam Sambut Ramadan Dua Kali Pada 2030😇😇

Akan Datang, Umat Islam Sambut Ramadan Dua Kali Pada 2030-.

Dalam masa lapan tahun lagi iaitu 2030 kelak, umat Islam dijangka akan menyambut Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun. Kali terakhir fenomena unik ini dilapor pernah berlaku adalah pada tahun 1997.

Ketua Eksekutif Jabatan Astronomi Dubai, Dr Hasan Al Hariri berkata, umat Islam akan berpuasa sebanyak dua kali dalam tahun tersebut iaitu pada awal Januari dan akhir Disember.

Memetik The National News, hal ini kerana kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kitaran bulan dan ia mengambil masa selama 33 tahun untuk melengkapkan kitaran penuh.

“Kalendar bulan atau tahun berdasarkan kitaran bulan adalah lebih pendek dari kalendar matahari.

“Sebagai contoh, kalendar bulan hanya mempunyai 354 hari dan bukan 365 hari seperti yang tercatat dalam kalendar Gregorian.

“Oleh itu, setiap tahun yang berlalu, Ramadan akan berundur 10 hari atau 11 hari ke belakang.

“Fenomena ini adalah unik di mana terdapat tahun yang kita akan menyambut Ramadan dua kali dan ia akan berlaku pula pada tahun 2030 akan datang,” jelasnya, lapor The National News.

Di samping itu, walaupun pada kalendar matahari akan tercatat dua kali Ramadan, namun pada kalendar bulan ia tetap mencatatkan sekali setahun pada tahun tersebut.

Beliau menambah, bilangan hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadan juga akan kekal sama pada tahun 2030 tersebut, iaitu 29 atau 30 hari mengikut anak bulan.

Bagaimanakah bulan Ramadan ditentukan?
Ramadan disambut oleh lebih 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia dan percaya bahawa bulan suci itu merupakan bulan turunnya Al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

“Penampakan bulan menandakan mulanya atau berakhirnya Ramadan, bulan kesembilan dalam kalendar Islam.

“Pada tahun 2030, Ramadan akan disambut dua kali iaitu pada awal Januari dan akhir December dan fenomena ini dijangka akan berulang pada tahun 2063 pula,” lapor The National News.

Posting Komentar untuk "Akan Datang, Umat Islam Sambut Ramadan Dua Kali Pada 2030😇😇"