Lama dalam industri bukan lesen jadi b1adap” Dato Hattan mungkin digam dari Stesen TV
“Lama dalam industri bukan lesen jadi b1adap” Dato Hattan mungkin digam dari Stesen TV
Menerusi rakaman video yang tular, Hattan dihubungi oleh pembaca berita sebuah stesen TV swasta menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.
Nama penyanyi otai, Datuk Hattan panas dan menjadi bahan perdebatan netizen selepas insiden menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta kerana tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.
Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.
Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas kira-kira jam 8.41 malam kelmarin.
Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula pembaca berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.
Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur pembaca berita yang didakwanya tidak membuat persediaan.
Lebih memburukkan keadaan apabila pembaca berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.
Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.
Susulan kejadian itu, akaun Instagram (IG) Hattan diserang netizen hingga menyebabkannya terpaksa menukar akaun media sosialnya itu kepada privasi.
Meninjau ruangan komen dalam hantaran yang dibuat penyanyi yang terkenal dengan irama Blues itu, netizen berpendapat sebagai penyanyi senior, Hattan tidak sepatutnya ‘koyak’ dan perlu lebih beradab kerana tindakannya memalukan pembaca wanita terbabit .
“Datuk, adab sepatutnya diletakkan nombor satu. Sebagai artis senio
Posting Komentar untuk "Lama dalam industri bukan lesen jadi b1adap” Dato Hattan mungkin digam dari Stesen TV"