“Tapi lain kali..betul2 buang kulit luar..” Baru je nk tunjuk bakat di IG, Sekali Sheila Rosly komen cara menantu masak depan orang ramai

Terbaru, Elisya sekali lagi mencurl perhatian netizen tatkala sedang menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy. Tak ketuk dan buang kulit. Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah berbuka di dapur.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna.

Lebih mencurl tumpuan, ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly turut meninggalkan komen pada perkongsian video berkenaan.

 

 

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, Sheila memberi pujian buat menantunya itu kerana rajin dan pandai menyediakan juadah berbuka buat anaknya. Namun begitu, Shiela turut memberi komen.

teguran agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

Trdahulu, “Apa perasaan bila Sheila Rusly jadi ibu mentua kepada adik Fasha?” demikian soalan yang diajukan oleh salah seorang peminat kepada pelakon Fasha Sandha menerusi sesi Q&A di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, kata Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, apa sahaja kebahagian yang dikecapi oleh adiknya Elisya Sandha adalah juga kebahagian buat dirinya.

“Apa yang sahaja yang membahagiakan adik saya, ianya juga akan membahagiakan diri saya juga. “Saya adalah orang pertama yang Elisya beritahu untuk berkahwin dan saya yang cuba untuk menyatukan dua keluarga sebelum ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz berkata hadiah yang paling bernilai buat adik beradiknya adalah doa.

“Pada saya, hadiah yang tidak ternilai untuk adik beradik adalah doa. Doa yang baik-baik untuk kami semua. Walaupun masing-masing sudah dan semakin sibuk,” tambahnya.

Sekadar info, adik Fasha, Elisya Sandha dan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.

Sebelum ini, Sheila mendedahkan pernah berkongsi tips kepada menantunya