Air sawah bertukar m3rah masa dia terc4mpak,Adik Rafiq pergi jua
Besut : Seorang pelajar tingkatan 2 SMK Seri Nering m4ut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah Van.
Menurut Mat Yoe (JNZA Gaung Global ) pengurusan jenazah percuma yang menulis mengenai kemalangan tersebut ” Berlaku kemalangan yang agak teruk berhampiran rumah saya pada malam ini.
Sebuah motosikal memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah van, Pemandu dan pembonceng motosikal tercampak ke dalam sawah padi manakala pemandu van tersepit di tempat duduk pemandu.
Kedua-dua m4ngsa yang tercampak ke dalam sawah padi mengalami kecederaan parah manakala pemandu van mengalami luka pada bahagian kepala dan juga kaki.
Pemandu van yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai,Apa yang membuat saya kesal adalah pemandu motosikal yang cedera parah dan tidak sedarkan diri itu telah dibawa ke hospital oleh orang awam.
1 m4ngsa dibawa ke hospital menggunakan ambulan KKM dan 1 lagi mangsa dibawa menggunakan ambulan milik Bomba,Moga kesemua m4ngsa diberi kesembuhan yang segera oleh Allah.
Adik Afnan Rafiq yang merupakan penunggang motosikal p4rah telah disahkan men1nggal dunia di Hospital Besut ketika dalam rawatan.
Baru berusia 13 tahun dan bersekolah di SMK Seri Nering,Sewaktu saya tiba di tempat kejadian, beliau masih sedar dan terbaring kaku di dalam sawah padi.
Saya turun ke dalam sawah dan berdiri di samping beliau,Beliau ada mengadu rasa kebas pada seluruh badan,Pada ketika itu saya lihat tangan kanan beliau patah, bahu patah, kaki kanan patah dan ada koyakan besar pada peha dan betis beliau.
Air dalam sawah padi bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan d4rah, Setibanya anggota bomba dan anggota perubatan di lokasi kejadian, beliau diangkat ke atas bahu jalan dan seterusnya dibawa ke hospital.
Saya sangkakan beliau selamat kerana hanya mengalami kecederaan luaran pada mata saya,Rupanya beliau mengalami kecederaan organ dalaman,Ibu beliau meninggal dunia 2 tahun yang lalu dan semenjak dari itu beliau dan 2 lagi adik beradiknya tinggal bersama neneknya.
Saat-saat akhir nafasnya, beliau memberitahu saudara maranya yang beliau akan pergi untuk “bersama” ibunya.
Beliau juga sempat memohon maaf serta meminta saudara maranya menghalalkan segala makan minumnya selama ini.
Mandi kapan jen4zah bermula 3.30 pagi di forensik hospital Besut dan siap pada 4.30 pagi,Jen4zah di bawa pulang ke rumah neneknya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Alor Saji pada pukul 10 pagi.
Jen4zah ibu beliau dulu di uruskan oleh pasukan lain kerana pada waktu itu team kami belum ada team mandi kapan jenazah wanita,Akan tetapi, team kami mengambil tanggungjawab dengan membayar separuh dari caj mandi kapan yang ditanggung oleh waris.
Kenderaan jen4zah yang beliau gunakan malam ini merupakan kenderaan jen4zah yang sama digunakan oleh arw4h ibunya pada 2 tahun yang lalu,Moga Allah tempatkan adik Afnan Rafiq dalam kalangan orang beriman.Al fatihah. Credit Mat Yoe (JNZA Gaung Global ) pengurusan jen4zah percuma
Posting Komentar untuk "Air sawah bertukar m3rah masa dia terc4mpak,Adik Rafiq pergi jua"