Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Arwah nak pindah, rupanya nak tinggalkan kami semua

YAN - "Arwah ada beritahu yang dia akan berpindah ke Langkawi dua hari lagi untuk tinggal bersama isterinya yang bekerja di sebuah spa kecantikan di sana dan makcik sangka dia nak 'pi' (pergi) terus, rupanya dia nak pergi tinggalkan kami semua," kata Siti Rohani Nan, 64.

Siti Rohani adalah ibu saudara kepada Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, yang meninggal dunia di Jalan Sungai Dedap, di sini malam tadi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Honda EX-5 ditungganginya bertembung dengan motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang remaja perempuan bersama adiknya.

Turut meninggal dunia, Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.

Siti Rohani berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Mohd Khatib pada jam 6.30 petang semalam di rumah adiknya, Zaharah Nan, 54, di Kampung Sungai Dedap.

Katanya, arwah baru selesai melakukan kerja mengikat bata untuk membina stor di rumah ibu saudaranya itu sejak dua hari lalu.

"Arwah kata nak tunggu bata kering dulu dan akan sambung kerja esok (hari ini).

Posting Komentar untuk "Arwah nak pindah, rupanya nak tinggalkan kami semua"