Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Baru 3 Bulan Nikah, Belum Sempat Sanding, Wanita Meraung Suami ‘Pergi’ 3 Minggu Sebelum Majlis – ‘B, Bangun B’


Rezeki, jodoh, ajal pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Sebagai manusia, kita perlu yakin dan percaya dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan-Nya untuk kita.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali dengan nama Mai meluahkan rasa sedih dengan pemergian sang suami, Muhd Harith Iqbal akibat kemalangan jalan raya.

Menurut sumber, pasangan ini baru sahaja bernikah pada 13 Ogos lalu dan mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada 27 November akan datang. Segala persiapan perkahwinan pun sudah dilakukan. Namun siapa sangka, pasangan ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Perling, Johor pada 6 November lalu. Lebih meruntun hati apabila Muhd Harith Iqbal tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia manakala Mai mengalami kecederaan ringan.

Allahuakbar, Al fatihah untuk awak tau sayang Muhd Harith Iqbal Bin Muhd Ariffin. Orang cuba jadi kuat untuk awak tau sayang.

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial memaparkan si isteri lemah longlai dan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah si suami. Dapat dilihat juga, si isteri setia menunggu untuk pengurusan pengebumian.

Menurut salah seorang saksi kejadian, Ayu akui sedih apabila teringat kembali kemalangan nahas yang berlaku di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, Allahyarham berada dalam keadaan nazak sementara si isteri sangat terkejut sambil menggoncangkan badan si suami.


Ayu tengok budak tu dah terbatuk-batuk, nazak sangat dah. Dan Ayu dapat tahu dia baru 3 bulan berkahwin. Luluh gila hati, depan mata Ayu, isteri dia kejut dan goncang badan suami, ‘B bangun B, bangun’


Kisah tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui wanita ini. Mereka akui dugaan tersebut sangat berat dan mendoakan agar wanita terbabit tabah dan kuat meneruskan kehidupan akan 


Posting Komentar untuk "Baru 3 Bulan Nikah, Belum Sempat Sanding, Wanita Meraung Suami ‘Pergi’ 3 Minggu Sebelum Majlis – ‘B, Bangun B’"